Sunday, January 23, 2011

Hartanah Buat Duit | Tanah Bukit buat Duit | Property Make money

sekarang ni nak cari tanah rata yang harga murah memang susah , melainkan kalau betul2 cari dan dapat pulak yang orang terdesak nak jual . tapi untuk berjumpa dengan situasi tu memang susah nak cari, kalau dah  rezeki kiter mungkin dapat, ada kawan aku yang umur pertengahan 20-an dapat beli tanah 9 ekar dengan harga 8ribu seekar, memang murah giler. tanah tu agak berbukit la sikit, maklumla baru nak teroka.

 hartanah memang boleh buat duit kalau berfikir secara kreatif. hari ni aku nak citer pasal tanah bukit buat duit. sebut je tanah berbukit ramai dikalangan kita terutama sekali orang melayu yang tak ambik endah pasal potensi tanah bukit. apatah lagi kalau tanah berbukit tu agak tinggi skit. bile aku offer tanah bukit nak jual, memang diorang fikir 2 3 kali.nak beli, last skali tak jadi beli sbb takut pada bukit.

sebenarnya mereka kurang terdedah dengan potensi tanah bukit boleh buat duit. saper yang nak main dengan hartanah kena ada sifat sabar tu lebih skit. terutama skali kalau kiter beli kawasan yang baru teroka. kalau nak cari tanah tempat yang dah dibangunkan , fulus la pulak yang tak larat. harga tanah 1 ekar boleh cecah 100k hingga jutaan ringgit. kalau kite dah jutawan sudah tentu tak de masalah nak beli tanah tersebut, tapi mereka yang baru nak berjinak dengan hartanah buat duit  seperti aku ni sudah tentu tak mampu nak beli tanah yang value tinggi.

jadi carilah tanah yang murah tapi besar seperti 15k seekar sebagai permulaan kearah minda hartanah. beli dahulu 1 ekar tanah yang murah kemudian automatik minda hartanah buat duit akan bermain-main di dalam kepala walaupun  tanah itu berbukit.

apakah potensi tanah berbukit?

setakat ni apa yang aku nampak ialah tanah bukit juga sesuai dengan tanaman kelapa sawit, perusahaan burung walit ke, tanaman gaharu ke , jual tanah bukit ke dan pelbagai lagi (korang boleh kongsikan lagi bisnes yang sesuai dengan tanah bukit) . 

sebagai contoh: kalau nak tanam kelapa sawit dengan tanah 10 ekar income bulanan secara biasanya pada harga sekarang ni  rm3ribu ke rm5ribu. paling cepat yang pernah diorang buat untuk dapat hasil sawit 22 bulan iaitu tak sampai 2 tahun pun dengan syarat kene dengan baja dan juga tanah. cuma kelapa sawit ni kos banyak kepada baja dan juga upah kalau sekiranya nak upah. tanah bukit buat duit, hartanah buat duit

kalau nak buat bisnes burung walit pun ok jugak. kalau korang tengok sepanjang jalan dari bentong ke raub di pahang banyak diorang buat bisnes burung walit, atas bukit ada rumah banglo burung walit. memang tanah bukit boleh buat duit. seorang penguasaha kelapa sawit pernah memberitahu bahawa sebuag banglo 20 X 70 yang 2 tingkat setengah itu boleh menjana keuntungan lebih kurang  mempunyai sawit 50 ekar setahun. keuntungan untuk 1 unit banglo rumah burung walit boleh lebih dari 1 juta ringgit setahun. cuma cabaran nak buat bisnes burung walit ni ialah modal permulaan yang besar. biasanya 1 unit banglo burung walit berharga dari 200k hingga mencecah 400k dan tahun ke 6 atau 7 boleh menghasilkan lebih 1 juta untung setahun.

kalau tanam gaharu pun ok jugak, sebab kos permulaan tanaman tak tinggi sangat kerana pada hari ni kos anak pokok gred A masih lagi murah, dan juga kos baja tak tinggi. penjagaan pokojk gaharu juga tak rumit kerana pokok gaharu ni tahan lasak maklum la pokok yang hidup dalam hutan belantara asalnya. untuk 1 ekar biasanya diorang tanam 1000 pokok gaharu. kos yang tinggi hanya ketika pokok tersebut berumur 5 tahun untuk suntikan bakteria yang boleh menghasilkan minyak gaharu . kos untuk tanaman gaharu beserta baja serta suntikan biasanya  lebih kurang 200k seekar. tapi untung untuk 1 ekar selepas 7 tahun ialah biasanya antara 1 juta hingga 6 juta. boleh jadi lebih pada itu kalau minyak gaharu yang dihasilkan berkualiti tinggi.

pendek kata hartanah memang boleh buat duit, tanah bukit boleh buat duit, tanah boleh buat duit. jadi jangan takut untuk beli tanah berbukit kerana ianya murah tetapi menghasilkan keuntungan jutaan ringgit setahun. korang perlu  kreatif dan berkongsi pengalaman dengan usahawan tani yang jutawan

HaRTANAH buat DUit | orang muda buat duit dengan hartanah | property make money

blog ini cuba untuk menceritakan pasal investment dengan hartanah. tambah syok kalau orang muda umur 25 tahun dah mula main hartanah.... biasanya org muda ... kalau dah kerja .... beli kete baru.....pah tu mesti fikir nak kahwin..... cari pasangan la katakan... pas tu beli rumah.....pas tu beli tanah.

yang ni lain skit, lepas dapat keje kerajaan atau swasta ke... buat personal loan beli tanah dulu. bukan sedikit tapi 10 ekar tu!. kekadang tu bile tanyer abang-abang senior yang  dah lama keje 20thn pun masih belum beli tanah lagi. Untung orang muda sekarang dah mula fikir pasal tanah.

aku suka citer pasal tanah berbanding dengan hartanah yang lain seperti beli rumah ke atau shop lot ke...
sebab ape yek! sebab tanah ni kiter buleh cari tanah yang murah , kemudian bila dah ada tanah , macam-macam boleh buat atas tanah, sesuai lah dengan orang yang gaji 3 ribu kebawah ni mcm aku ni

kalau korang ada idea pasal tanah boleh la kongsi dalam blog ni...